My Blog List

My career

Career aku ni xlah best pun,just GENERAL MANAGER TRADER je,dan tugas aku buat trade untuk client yang register dengan ORIENTAL PACIFIC FUTURE melalui aku..

Aku nak cerita sikit pasal investment portfolio yang aku tengah dok experiment sekarang. Actually bermula 2 tahun lepas lagi aku dah buat trade ni,dulu aku tak tahu la benda saham2 ni.tapi aku belajar sikit2,lame2 aku dah boleh buat trade untuk CLIENT aku..sekarang ni aku kerja dengan syarikat ORIENTAL PACIFIC FUTURE.so,aku register untuk client aku dan trade kan untuk diorang..itulah kerja aku...

INVESTMENT ni dipanggil FUTURES CRUDE PALM OIL (FCPO), pasaran hadapan minyak sawit mentah. INVESTMENT FCPO ni adalah syariah compliance menurut Security Commission (SC) Malaysia. So, boleh boleh trade tanpa was-was. Biasanya, kita yang beginner ni kena masuk kelas belajar tentang asas FCPO (atau disebut juga CPO). Dari situ, kita akan didedahkan dengan cara memahami simbol, indicator, graf, analisa teknikal dan fundamental, juga do’s and don’ts as a trader.

Aku fikir, kelas asas FCPO ni is a must! bagi yang nak berjinak-jinak dalam FCPO trading ni. Kalau tak, mungkin bahaya untuk anda yang masuk tanpa pengetahuan yang mencukupi. Bukan apa, FCPO ni antara HIGH RISK INVESTMENT. Boleh untung, dan boleh juga rugi. Zero sum game. Tak menjanjikan keuntungan yang pasti, malah boleh meleburkan kesemua modal kita sekelip mata kalau silap hari bulan.tapi kalau kita pandai bace pergerakan market dan tahu macam mana nak handle,insyaallah boleh untung..setakat ni,client aku yang masuk berpuluh-puluh ribu sebelum ni ada la kadang-kadang rugi..tapi aku usaha untuk dapat kan diorang keuntungan,so alhamdulillah client aku dah balik modal dalam beberapa bulan..then,sekarang ni pun diorang stay dengan aku dan percaya at aku,so diorang tambah fund untuk dapat banyak untung..

Dia bukan sama macam beli saham di stok market biasa, kita beli masa saham tu turun dan jual balik bila harga saham tu naik tinggi. Berbeza. Kalau yang suka main Forex, asas dia hampir sama. Tapi aku tak pernah main Forex, so aku takleh bagi ulasan lebih tentang persamaan dan perbezaan antara kedua-dua instrumen pelaburan ni.

cuma apa yang aku tahu pasal FOREX adalah diorang tak ada lesen dalam suruhanjaya sekuriti.mengikut undang-undang dan ulasan BANK NEGARA MALAYSIA,forex adalah tidak sah dalam saham kerana mengambil deposit secara haram..
lain-lain aku tahu pasal FOREX ni tapi malas nak cite,because xnak korang terkejut tentang FOREX celaka ni..hehe.

Siapa yang anjur kelas asas belajar FCPO?. Kawan-kawan kita jugak. Antara yang aku sendiri rekemen ialah manager aku shah (segar). Dia yang ajar dan introduce aku pada FCPO ni dulu. Thanks a lot bro. Jasamu dikenang. Selain dari tu, ada lah lagi beberapa kawan-kawan lain yang dah lama main FCPO yang boleh ajar kita once dah ada asas.

Modal permulaan untuk 1 lot sekarang ni dalam RM5,000 (nilai ni berubah-ubah dan ditentukan oleh Bursa Derivatif Malaysia – MDEX). Lepas tu, elok juga kita top-up lebih sikit untuk prepare “buffer” for margin call, let say dalam RM1,500 gitu. Lepas tu bolehlah kita pilih Future Broker Representative (FBR) yang akan tradekan order kita nanti. Buat masa ni, kita takleh trade sendiri guna real-time software macam Bursa Malaysia, maybe in future kot. Software yang aku ada hanya untuk technical software tengok graf dan indicators, so, setiap kali aku nak buat order aku tengok market dalam pc aku,then aku baru aku call FBR yang uruskan jual beli kepada BURSA MALAYSIA.

FCPO ni aku fikir sesuai kalau kita ada lebihan duit yang kita sanggup hilang (the money that you willing to lose). Bukan maksud dia kita tak sayang duit, tapi duit yang kita sanggup laburkan untuk belajar teknik-teknik trading sampai pandai dan cekap. Objektif ni penting untuk kita minimakan risiko kerugian bila kita ingin menambah lot-lot pegangan dalam trading akan datang. Seandainya kita kekurangan modal, lebih baik fokus pada portfolio pelaburan lain yang lebih kurang risiko dan tidak boleh dijangka pergerakannya. Saham dan stock market ni untuk mereka yang ready dari mental dan kewangan sahaja.

Yang paling mencabar sekali bila trade FCPO ni masa kita nak park order. Kita tak boleh predict apa akan jadi dengan pasaran waktu kita nak masuk. Hanya petunjuk-petunjuk (indicators), fundamental news, dan analisa teknikal (TA) yang dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita buat keputusan. Semua ni akan ambik masa untuk seseorang tu benar-benar mahir membaca indicators dan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Proses ni juga dipanggil “back test” atau “paper trade”. Bila kita dah serasi dengan indicator-indicator yang dapat memberikan keputusan yang paling baik, barulah mudah untuk kita mengharungi cabaran investment FCPO.

Kemahiran membaca graf (chart), menggunakan indicators dan mengagak pergerakan pasaran dapat membantu kita dalam membuat order yang tepat. Disamping tu, jangan bersikap tamak haloba bila nak kaut untung. Just set berapa profit margin yang kita nak, once triggered, keluar dari market.yang paling kita takuti ialah market tidak seiring dengan petunjuk yang kita gunakan. Di sini kita kena set “cut loss” untuk minimakan risiko kerugian. Tak guna melawan trend pasaran, semata-mata “percaya” market akan kembali berubah mengikut prediction kita. Sebab tu orang sakit jantung, lemah semangat dan hypertension tak dinasihatkan main FCPO hehehehehe..

Disiplin trading ni kita kena develop seiring dengan emosi dan keupayaan berfikir secara waras. Kalau ada sifat geram, nak balas dendam dan tertekan, lebih baik kita tunggu sampai semua tu reda dulu sebelum masuk kembali membuat trade. Market bukan buka sehari je, tak best hari ni, esok masih ada. Yang penting modal kita yang diperuntukkan untuk trading masih ada. Kalau habis modal tu, maknanya kita kena masuk kelas balik atau bincang dengan kawan-kawan di mana silapnya teknik yang kita guna pakai. Jangan malas untuk belajar dan perbaiki kesilapan.

Bestnya pasal FCPO ni, kalau kita dah pandai dan cekap dengan teknik-teknik yang dipelajari, dengan 1 lot sahaja, kita mampu untuk jana pulangan yang memberangsangkan. 1 point dalam FCPO bersamaan RM25.00. Jika kita berjaya mendapat untung sebanyak 4 points sehari, bermaksud RM100 telah kita perolehi. Perlu diingat, komisen FBR perlu ditolak dari jumlah keuntungan tersebut (komisen berbeza-beza antara FBR, antara RM25~RM50, bergantung). Jadi anda boleh congak sendiri berapa target untuk dicapai sebulan dari portfolio pelaburan ini.tapi jangan lah sampai tamak sangat untuk kaut keuntungan,cuma ikut yang kita mampu sahaja...kalau sehari boleh dapat RM200-RM800 pun dah cukup dah..yang mana berminat dalam saham boleh lah register dengan aku..hehe..nak promot sikit...huhu